Kursus Asas Keusahawanan Digital

3 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu- 2 Mac 2019, Pusat Internet Kg Bako dengan kerjasama Pusat Internet PPR Taman Dahlia dan Pusat Internet PPR Taman Malihah sebagai tenaga Pengajar telah mengadakan "Kursus Online Marketing" / Asas Keusahawanan Digital dan peserta terdiri daripada 20 orang wanita Kampung Hijrah,Bako.
Kursus ini adalah anjuran Pusat Khidmat N5 Demak Laut bersama Pusat Internet Kg Bako.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk menggalakkan golongan wanita untuk menceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga. Melalui kursus ini juga, peserta didedahkan dengan penggunaan internet bagi mempromosikan perniagaan.
Selain daripada itu, para peserta juga diberi sedikit penerangan mengenai fungsi dan pengenalan kepada Pusat Internet. Tidak lupa juga, diselitkan tips KDB & Advokasi: Keselamatan Media Sosial, cara membuat email, mencipta logo, media sosial dan sebagainya.

Tenaga Pengajar terdiri daripada:
1) Pusat Internet Kg Bako
2) Pusat Internet PPR Taman Dahlia
3) Pusat Internet PPR Taman Malihah

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
1) Cara membuat Email
2) Cara membuat dan menggunakan Facebook page
3) Membuat Logo perniagaan
4) Cara pengambilan gambar produk yang betul
5) Cara mempromosikan perniagaan secara atas talian

Sesi penyampaian Sijil kepada para peserta telah dihadiri dan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N05 Demak Laut, Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni.
Semoga ilmu yang dikongsi bersama bermanfaat buat semua peserta Kampung Hijrah dan maju jaya dalam bidang keusahawanan kelak.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali